Dalam Hikayat Abdullah karangan
Abdullah Munsyi ada mengkritik, dan menegur sikap orang-orang Melayu.
Sehinggalah Abdullah menganggap orang-orang Melayu pada penghujung abad ke-19,
malas, kurang ilmu pengetahuan, lalu berlaku perpecahan dalam kalangan
orang-orang Melayu itu sendiri. Antara petikan yang digambarkan Abdullah dalam Hikayat Abdullah berkenaan sikap orang
Melayu malas, iaitu:
…bukanlah berguna kepada kamu sekalian ilmu kira- kira itu? Maka jikalau
tidak tahu kira- kira kelak, bagaimana engkau hendak berniaga jual beli? Dan
lagi pula beberapa banyak nasihat yang kuberi, tiada juga mereka itu endahkan.
(hlm.120)
Maka jikalau kiranya kukhabarkan sekalian itu (tentang ilmu- ilmu baru
seperti kemajuan elektrik) kepada orang- orang Melayu nescaya ditutup
telinganya serta menampar mukaku, katanya, “Terlalu besar bohong.” (hlm. 257
dan 258)
Melalui petikan diketengahkan, jelas menunjukkan Abdullah
dalam tulisan-tulisannya menjadi racun bagi merosakkan fikiran, dan pandangan bangsa
lain terhadap sikap orang Melayu yang malas. Abdullah juga berasa kurang senang
dengan sikap orang Melayu yang tidak mahu mempelajari ilmu baharu demi
memajukan diri sendiri.
Namun begitu, mitos Abdullah ini dan menjadi pegangan
masyarakat lain terutamanya penjajah dilihat tidak mempunyai asas bersandarkan
bukti yang kukuh. Hal inilah diperkatakan Syed Muhammad Naguib Al-Attas (1989).
Beliau menerangkan, iaitu kemalasan yang digambarkan oleh
penjajah tidak menunjukkan kepada keseluruhan penduduk peribumi (Melayu). Ini
kerana perkara ini hanya ditafsirkan oleh penjajah sahaja. Fungsi mitos sebagai
unsur yang penting dalam ideologi kolonial dengan mengambil contoh-contoh
sejarah dan sosiologi. Ideologi daripada kelompok yang dikuasai itu telah
diklasifikasikan kepada empat kelompok, iaitu ideologi konservatif, ideologi
revormis, ideologi revolusioner dan ideologi tandingan. Ideologi kolonial
memanfaatkan gagasan tentang peribumi malas untuk membenarkan amalan penindasan
dan ketidakadilan dalam mobilasi tenaga kerja di negara yang dijajah.
Dalam hal yang bersangkutan, Ridhuan Tee Abdullah (2014)
berpendapat, “Saya tidak pernah percaya stereotaip Melayu itu malas, manakala
bangsa lain rajin atau pandai berniaga. Terpulang kepada kita untuk
menentukannya. Ramai juga saya jumpa bangsa lain yang malas.” Melalui pendapat
Ridhuan, secara jelas menggambarkan tanggapan orang-orang Melayu malas adalah
tidak tepat. Sedangkan pada masa yang sama, masih ada bangsa lain yang juga
malas, tetapi tidak diberi perhatian oleh umum.
Dapat disimpulkan, ciri-ciri masyarakat Melayu yang
dianggap malas daripada penulisan terdahulu, terutama daripada karangan
Abdullah dilihat tidak jujur dek kemungkinan dipengaruhi oleh sentimen
penjajahan, iaitu Inggeris. Oleh itu, pengisahan tentang Melayu malas merupakan
satu penciptaan kolonial. Ini adalah untuk menghalang kemajuan orang-orang
Melayu demi memperlihatkan orang-orang Melayu sebagai bangsa pemalas yang
mendiami sesuatu kawasan di Asia tenggara.
RUJUKAN
https://asalusulorangmelayu.wordpress.com/2012/08/05/bangsa-melayu-itu-pemalas/
http://puteralapismahang.blogspot.my/2015/03/melayu-malas-kenapa-dan-siapa-kata-real.html
Mohd Alif Bin Sapri. (2014) Pandangan & Kritikan Abdullah Munsyi
Terhadap Orang Melayu. http://karyaagungmelayukumpulanc2014.blogspot.my/p/p.html
Mios Melayu
Malas.https://zanas.wordpress.com/kembalikan-kekuatan-orang-melayu-62-tahun-yang-lalu/mitos-melayu-pemalas/
Ridhuan Tee Abdullah (2014) http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/ridhuan-tee-abdullah/adakah-benar-melayu-itu-malas-1.320929