Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu (2016) merupakan
cetakan yang keenam, dan mula dicetak pada tahun 1972. Kajian ini hasilkan oleh
Syed Muhammad Naguib Al-Attas. Kajian ini dibahagikan kepada lima bahagian,
iaitu:
Bahagian pertama- menjelaskan peristiwa
sejarah Islam dalam peradaban Kepulauan Melayu-Indonesia. Selain itu, buku ini
turut membuat pembandingan pengaruh kedatangan Islam di Eropa pada abad ke-6,
dan ke-7 Masihi.
Bahagian kedua- menerangkan semangat kebangkitan Eropa
adalah bukan kerana kedatangan suku bangsa Jerman yang menakluki imperium.
Orang-orang Jerman hanyut dalam falsafah, dan juga budaya Roma. Selain
itu, di Timur Tengah lahirlah agama
Islam, dan tersebar ke pelosok dunia.
Bahagian ketiga- dalam bahagian ini, menjelaskan
bahawa agama Hindu, dan Buddha datang terlebih dahulu ke Kepulauan
Melayu-Indonesia berbanding agama Islam.
Kemasukan agama Hindu tidak mengubah cara hidup masyarakat
Indonesia-Nusantara yang hanya bersandarkan kesenian. Selain itu, konsep
peradaban sejarah, kesenian merupakan kebudayaan estetik yang dapat
mencerminkan cara kehidupan masyarakat yang memiliki keluhuran budi, dan akal.
Bahagian keempat- Manakala dalam bahagian
ini, Syed Muhammad Naguib Al-Attas menerangkan bahawa tiada sebarang kesahihan
terhadap sejarah, dan kebudayaan Islam di Kepulauan Melayu-Indonesia kerana
kurangnya ilmu pengetahuan mengenai Islam, dan juga peranannya dalam sejarah, dan
kehidupan.
Bahagian kelima- Syed Muhammad Naguib Al-Attas kemudian
memaparkan kajian kepentingan sejarah, terutamanya sejarah, dan kebudayaan
Islam di Kepulauan Melayu-Indonesia. Sejarah kebudayaan dapat menggambarkan
kegemilangan peradaban Islam dalam kehidupan masyarakat di Kepulauan
Melayu-Indonesia.
Merujuk kepada
setiap peristiwa yang berlaku dalam sejarah kehidupan masyarakat Melayu, dapat
disimpulkan bahawa kehadiran pengaruh Barat dianggap telah memberi kesan yang
signifikan terhadap perubahan cara hidup, dan juga pandangan masyarakat terhadap kebudayaan Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan