Selasa, 13 Disember 2016

PANDANGAN ALAM SEBAGAI BANGUNAN KONSEP- HAMID FAHMY ZARKASYI




Konsep terbentuk dalam fikiran seseorang secara perlahan-lahan, bermula dari akumulasi konsep-konsep dan sikap mental yang berkembang. Secara epistemologis, proses berfikir sama dengan cara seseorang itu menuntut ilmu, iaitu akumulasi pengetahuan a priori dan a posteriori. Hamid Fahmy Zarkasyi mengulas lanjut mengenai proses ini dengan berpendapat, “Proses itu dapat dijelaskan sebagai berikut: ilmu pengetahuan yang diperoleh seseorang itu sudah tentu terdiri dari berbagai konsep dalam bentuk ide-ide, kepercayaan, aspirasi dan lain-lain yang kesemuanya membentuk suatu totalitas konsep yang saling berkaitan dan terorganisasikan dalam suatu jaringan (network).”
Jika ditelusuri dengan secara semulajadi, susunan konsep yang masuk ke dalam fikiran manusia, maka kita dapat menyusun ke dalam beberapa struktur konsep. Professor Alparslan mengkategorikan susunan pandangan alam kepada lima bidang konsep:

1) Struktur tentang konsep kehidupan,
2) Struktur tentang konsep dunia,
3) Struktur tentang konsep manusia,
4) Struktur tentang konsep nilai dan
5) strutktur tentang konsep pengetahuan.

Menurut al-Attas pula, unsur pandangan alam Islam adalah seluruh konsep yang terdapat dalam Islam dan yang paling utama adaah konsep tentang hakikat Tuhan, konsep tentang wahyu (al-Quran), konsep tentang penciptaan, konsep tentang hakikat kejiwaan manusia, konsep tentang ilmu, konsep tentang agama, konsep tantang kebebasan, konsep tentang nilai dan kebajikan, konsep tentang kebahagian dan sebagainya.
      Dapat disimpulkan bahawa, pandangan alam akan mempengaruhi sistem berfikir, kerana ia menjadi konsep-konsep yang tersusun dalam minda dan saling berhubung di antara satu sama lain. Dengan adanya konsep seperti ini, maka dapat dikatakan bahawa pandangan alam adalah sebuah kerangka untuk mengkaji pelbagai bidang dalam kehidupan.


RUJUKAN



Ahad, 4 Disember 2016

PANDANGAN ALAM ORIENTALIS DAN FALSAFAH ISLAM


Orientalis adalah istilah yang merujuk pada peniruan atau gambaran unsur-unsur budaya Timur di Barat oleh penulis. Selain itu, dari segi bahasa Orientalis berasal dari kata orient yang bererti hal-hal yang berhubungan dengan masalah ketimuran. Ada pendapat menerangkan bahawa, “orientalisme adalah kata yang dilabelkan kepada sebuah penelitian yang dilakukan selain orang timur terhadap berbagai disiplin ilmu ketimuran, baik dalam bidang bahasa, agama, sejarah, dan permasalahan-permasalahan sosio-kultural bangsa timur,” Melalui pengertian tersebut, orientalis  ialah suatu fahaman atau aliran yang mengkaji dan meneliti segala tentang timur baik dari segi agama, kebudayaan dan peradaban dan juga ilmu-ilmu.
Selain itu, kajian orientalis tentang falsafah Islam dipengaruhi oleh pandangan alam mereka dan menghasilkan kerangka kajian khusus. Kajian khusus tersebut menggambarkan pelbagai pandangan tentang agama, kepercayaan, ideologi, budaya atau pandangan alam. Hal ini turut dijelaskan bahawa, “terdapat dua penyelidikan terhadap dunia timur iaitu:-1)Mempelajari, mendalami ilmu-ilmu yang dimililki oleh umat Islam iaitu perubatan, teknik, matematik, astronomi dan ilmu-ilmu lain. 
2) Mempelajari bahasa-bahasa Timur seperti bahasa Arab dan kesusasteraannya.
Oleh itu, kajian orientalisme tersebut dilakukan secara meluas mencakupi pelbagai bidang.Kajian penyelidikan berlangsung selama berabad-abad oleh para penyelidik. Dengan adanya penyelidikan yang dilakukan oleh kaum orentalis terhadap dunia Islam banyak impak positif yang diperolehi, meskipun masih banyak yang menolak manfaat dari mereka.
Selanjutnya  sikap dan pandangan dari kaum orentalis terhadap setiap agama yang dianuti di Timur, khususnya Islam sangat berbeza-beza. Pendapat ini menjelaskan bahawa, “pada sebuah kajian yang lain dalam dunia Islam yang dilakukan oleh orientalis, membawa impak yang membuat Islam semakin maju.” Melalui kajian ini, umat Islam mula terpengaruh untuk memahami Islam secara rasional serta berpegang kukuh dengan  ajarannya.
Sebagai kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa pandangan para orientalis mengenai Islam sangat dipengaruhi oleh cara pandang atau pandangan alam mereka. Pandangan alam Islam menghargai penggunaan akal dan ilmu pengetahuan sehingga dapat berkembang menjadi suatu peradaban yang maju dan terbuka.





RUJUKAN

anismufarrochah.blogspot.my/2013/04/pengertian-sejarah-dan-tujuan-orientalis.html?m=1

gnomepath.blogspot.my/2015/09/pandangan-orientalis-terhadap-filsafat.html?m=1





PANDANGGAN MASYARAKAT MELAYU TERHADAP ISLAM


Terdapat beberapa faktor utama menjadi penyebab Islam berjaya menyerap ke dalam kebudayaan masyarakat Melayu. Syed Muhammad Naqiub al-Attas berpendapat, “kedatangan Islam ke Alam Melayu telah banyak menggerakkan proses merevolusikan pandangan hidup masyarakat Melayu dari amalan sebelumnya yang masih hanyut dengan mitos khayalan.” Jelas di sini perubahan dalam adat resam masyarakat Melayu diperkemaskan dengan ajaran Islam.
Hal ini jelas apabila kebudayaan Melayu mula disarati dengan nilai-nilai kemanusiaan yang ideal, dan menjadi pegangan kepada ketamadunan Melayu itu sendiri. Dalam hal ini, Yusuf berpendapat, kebudayaan Melayu “termasuklah gaya hidup, teknik, kaedah, prinsip, nilai, pandangan hidup Melayu, kepercayaan dan mitos.” Melalui pendapat ini secara jelas aspek kebudayaan Melayu yang berpaksikan nilai-nilai kemanusian dipegang kukuh oleh masyakat Melayu.
Di samping itu, keindahan ajaran Islam turut menyebabkan proses penyerapan Islam dalam kalangan masyrakat Melayu berlaku dan ini didorong dengan sifat telus yang sudah dimiliki oleh masyarakat Melayu. Md. Asham berpendapat, “dalam konteks sejarah bangsa Melayu, Islam adalah titik-tolak kepada perubahan yang amat bermakna terhadap pemikiran, bahasa, dan cara hidup mereka secara keseluruhannya.” Bertitik tolak kepada perkara ini, segala perubahan yang berlaku dalam kehidupan masyarakat Melayu memberi kemajuan dalam kehidupan masyarakat Melayu itu sendiri.
Selain itu, pemupukan budaya ilmu dala ajaran Islam memberi sumbangan besar kepada masyarakat Melayu. Sejak sekian lama, kesedaran tentang kefahaman dan kepentingan ilmu telah diamalkan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Hal ini dapat dilihat apabila penerapan pendekatan dakwah yang telah dilakukan mubaligh sebagai medium komunikasi telah mewujudkan perciptaan tulisan Jawi. Perkara ini dalam konteks Alam Melayu, telah melahirkan dua natijah seperti mana dijelaska Rahimin, iaitu:
1) penciptaan tulisan Jawi dalam dunia intektual Alam Melayu. Merujuk kepada asal-usul penciptaan dan penggunaan tulisan Jawi dalam masyarakat Melayu. Fenomena yang mengambilkira elemen tempatan dalam bentuk pemilihan bahasa sebagai medium penyebaran ilmu agama.
2) Pemberian nafas baru Islam terhadap bahasa Melayu menggunakan tulisan Jawi ini telah melangkaui tujuan asal penciptaanya, iaitu sebagai alat penyebaran Islam.
Berbalik kepada peringkat awal kepercayaan masyarakat Melayu berbentuk animisme, kepercayaan ini diganggap mempunyai semangat dan kuasa ghaib. Hal ini jelas apabila “Islam mengubah worldview masyarakat Melayu daripada mempercayai roh, semangat dan dewa-dewa kepada mempercayai Tuhan Yang Maha Esa, percaya adanya nabi- nabi, rasul-rasul, malaikat dan kitab-kitab suci. Keimanan mereka diikuti dengan amal ibadat seperti sembahyang, puasa, mengeluarkan zakat dan menunaikan rukun haji.” Daripada penerangan ini, jelas bahawa pandangan masyarakat Melayu dalam kehidupan semakin berkembang apabila ajaran Islam mula disebarkan secara meluas, lalu berlaku perubahan terhadap amalan-amalan murni yang dituntut dalam Islam Dapat disimpulkan, pandangan masyarakat Melayu terhadap Islam semakin berubah dan mula meninggalkan alam mitos yang menjadi pegangan selama ini. Mereka memercayai rukun-rukun Iman dan Islam serta beribadat kepada Yang Maha Esa, iaitu Allah SWT.





RUJUKAN
http://www.ikim.gov.my/index.php/en/artikel/7419-melayu-dan-islam

http://yusufjalli.blogspot.my/2011/05/islam-dan-kebudayaan-melayu.html

https://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-berdaulat


http://pismpmathc5ipgkba.blogspot.my/2010/02/kesan-dan-pengaruh-islam-dalam-tamadun.html