Ahad, 4 Disember 2016

PANDANGGAN MASYARAKAT MELAYU TERHADAP ISLAM


Terdapat beberapa faktor utama menjadi penyebab Islam berjaya menyerap ke dalam kebudayaan masyarakat Melayu. Syed Muhammad Naqiub al-Attas berpendapat, “kedatangan Islam ke Alam Melayu telah banyak menggerakkan proses merevolusikan pandangan hidup masyarakat Melayu dari amalan sebelumnya yang masih hanyut dengan mitos khayalan.” Jelas di sini perubahan dalam adat resam masyarakat Melayu diperkemaskan dengan ajaran Islam.
Hal ini jelas apabila kebudayaan Melayu mula disarati dengan nilai-nilai kemanusiaan yang ideal, dan menjadi pegangan kepada ketamadunan Melayu itu sendiri. Dalam hal ini, Yusuf berpendapat, kebudayaan Melayu “termasuklah gaya hidup, teknik, kaedah, prinsip, nilai, pandangan hidup Melayu, kepercayaan dan mitos.” Melalui pendapat ini secara jelas aspek kebudayaan Melayu yang berpaksikan nilai-nilai kemanusian dipegang kukuh oleh masyakat Melayu.
Di samping itu, keindahan ajaran Islam turut menyebabkan proses penyerapan Islam dalam kalangan masyrakat Melayu berlaku dan ini didorong dengan sifat telus yang sudah dimiliki oleh masyarakat Melayu. Md. Asham berpendapat, “dalam konteks sejarah bangsa Melayu, Islam adalah titik-tolak kepada perubahan yang amat bermakna terhadap pemikiran, bahasa, dan cara hidup mereka secara keseluruhannya.” Bertitik tolak kepada perkara ini, segala perubahan yang berlaku dalam kehidupan masyarakat Melayu memberi kemajuan dalam kehidupan masyarakat Melayu itu sendiri.
Selain itu, pemupukan budaya ilmu dala ajaran Islam memberi sumbangan besar kepada masyarakat Melayu. Sejak sekian lama, kesedaran tentang kefahaman dan kepentingan ilmu telah diamalkan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Hal ini dapat dilihat apabila penerapan pendekatan dakwah yang telah dilakukan mubaligh sebagai medium komunikasi telah mewujudkan perciptaan tulisan Jawi. Perkara ini dalam konteks Alam Melayu, telah melahirkan dua natijah seperti mana dijelaska Rahimin, iaitu:
1) penciptaan tulisan Jawi dalam dunia intektual Alam Melayu. Merujuk kepada asal-usul penciptaan dan penggunaan tulisan Jawi dalam masyarakat Melayu. Fenomena yang mengambilkira elemen tempatan dalam bentuk pemilihan bahasa sebagai medium penyebaran ilmu agama.
2) Pemberian nafas baru Islam terhadap bahasa Melayu menggunakan tulisan Jawi ini telah melangkaui tujuan asal penciptaanya, iaitu sebagai alat penyebaran Islam.
Berbalik kepada peringkat awal kepercayaan masyarakat Melayu berbentuk animisme, kepercayaan ini diganggap mempunyai semangat dan kuasa ghaib. Hal ini jelas apabila “Islam mengubah worldview masyarakat Melayu daripada mempercayai roh, semangat dan dewa-dewa kepada mempercayai Tuhan Yang Maha Esa, percaya adanya nabi- nabi, rasul-rasul, malaikat dan kitab-kitab suci. Keimanan mereka diikuti dengan amal ibadat seperti sembahyang, puasa, mengeluarkan zakat dan menunaikan rukun haji.” Daripada penerangan ini, jelas bahawa pandangan masyarakat Melayu dalam kehidupan semakin berkembang apabila ajaran Islam mula disebarkan secara meluas, lalu berlaku perubahan terhadap amalan-amalan murni yang dituntut dalam Islam Dapat disimpulkan, pandangan masyarakat Melayu terhadap Islam semakin berubah dan mula meninggalkan alam mitos yang menjadi pegangan selama ini. Mereka memercayai rukun-rukun Iman dan Islam serta beribadat kepada Yang Maha Esa, iaitu Allah SWT.





RUJUKAN
http://www.ikim.gov.my/index.php/en/artikel/7419-melayu-dan-islam

http://yusufjalli.blogspot.my/2011/05/islam-dan-kebudayaan-melayu.html

https://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-berdaulat


http://pismpmathc5ipgkba.blogspot.my/2010/02/kesan-dan-pengaruh-islam-dalam-tamadun.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan