Selasa, 13 Disember 2016

PANDANGAN ALAM SEBAGAI BANGUNAN KONSEP- HAMID FAHMY ZARKASYI




Konsep terbentuk dalam fikiran seseorang secara perlahan-lahan, bermula dari akumulasi konsep-konsep dan sikap mental yang berkembang. Secara epistemologis, proses berfikir sama dengan cara seseorang itu menuntut ilmu, iaitu akumulasi pengetahuan a priori dan a posteriori. Hamid Fahmy Zarkasyi mengulas lanjut mengenai proses ini dengan berpendapat, “Proses itu dapat dijelaskan sebagai berikut: ilmu pengetahuan yang diperoleh seseorang itu sudah tentu terdiri dari berbagai konsep dalam bentuk ide-ide, kepercayaan, aspirasi dan lain-lain yang kesemuanya membentuk suatu totalitas konsep yang saling berkaitan dan terorganisasikan dalam suatu jaringan (network).”
Jika ditelusuri dengan secara semulajadi, susunan konsep yang masuk ke dalam fikiran manusia, maka kita dapat menyusun ke dalam beberapa struktur konsep. Professor Alparslan mengkategorikan susunan pandangan alam kepada lima bidang konsep:

1) Struktur tentang konsep kehidupan,
2) Struktur tentang konsep dunia,
3) Struktur tentang konsep manusia,
4) Struktur tentang konsep nilai dan
5) strutktur tentang konsep pengetahuan.

Menurut al-Attas pula, unsur pandangan alam Islam adalah seluruh konsep yang terdapat dalam Islam dan yang paling utama adaah konsep tentang hakikat Tuhan, konsep tentang wahyu (al-Quran), konsep tentang penciptaan, konsep tentang hakikat kejiwaan manusia, konsep tentang ilmu, konsep tentang agama, konsep tantang kebebasan, konsep tentang nilai dan kebajikan, konsep tentang kebahagian dan sebagainya.
      Dapat disimpulkan bahawa, pandangan alam akan mempengaruhi sistem berfikir, kerana ia menjadi konsep-konsep yang tersusun dalam minda dan saling berhubung di antara satu sama lain. Dengan adanya konsep seperti ini, maka dapat dikatakan bahawa pandangan alam adalah sebuah kerangka untuk mengkaji pelbagai bidang dalam kehidupan.


RUJUKAN



Tiada ulasan:

Catat Ulasan