Orientalis adalah istilah yang merujuk pada peniruan atau gambaran
unsur-unsur budaya Timur di Barat oleh penulis. Selain itu, dari segi bahasa Orientalis
berasal dari kata orient yang bererti hal-hal yang berhubungan dengan masalah
ketimuran. Ada pendapat menerangkan bahawa, “orientalisme adalah kata yang
dilabelkan kepada sebuah penelitian yang dilakukan selain orang timur terhadap
berbagai disiplin ilmu ketimuran, baik dalam bidang bahasa, agama, sejarah, dan
permasalahan-permasalahan sosio-kultural bangsa timur,” Melalui pengertian
tersebut, orientalis ialah suatu fahaman
atau aliran yang mengkaji dan meneliti segala tentang timur baik dari segi
agama, kebudayaan dan peradaban dan juga ilmu-ilmu.
Selain itu, kajian orientalis tentang falsafah Islam
dipengaruhi oleh pandangan alam mereka dan menghasilkan kerangka kajian khusus.
Kajian khusus tersebut menggambarkan pelbagai pandangan tentang agama,
kepercayaan, ideologi, budaya atau pandangan alam. Hal ini turut dijelaskan
bahawa, “terdapat dua penyelidikan terhadap dunia timur iaitu:-1)Mempelajari,
mendalami ilmu-ilmu yang dimililki oleh umat Islam iaitu perubatan, teknik,
matematik, astronomi dan ilmu-ilmu lain.
2) Mempelajari
bahasa-bahasa Timur seperti bahasa Arab dan kesusasteraannya.
Oleh itu, kajian orientalisme tersebut dilakukan secara
meluas mencakupi pelbagai bidang.Kajian
penyelidikan berlangsung selama berabad-abad oleh para penyelidik. Dengan
adanya penyelidikan yang dilakukan oleh kaum orentalis terhadap dunia Islam
banyak impak positif yang diperolehi, meskipun masih banyak yang menolak
manfaat dari mereka.
Selanjutnya sikap
dan pandangan dari kaum orentalis terhadap setiap agama yang dianuti di Timur,
khususnya Islam sangat berbeza-beza. Pendapat ini menjelaskan bahawa, “pada
sebuah kajian yang lain dalam dunia Islam yang dilakukan oleh orientalis,
membawa impak yang membuat Islam semakin maju.” Melalui kajian ini, umat Islam
mula terpengaruh untuk memahami Islam secara rasional serta berpegang kukuh dengan
ajarannya.
Sebagai kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa pandangan
para orientalis mengenai Islam sangat dipengaruhi oleh cara pandang atau
pandangan alam mereka. Pandangan alam Islam menghargai penggunaan akal dan ilmu
pengetahuan sehingga dapat berkembang menjadi suatu peradaban yang maju dan
terbuka.
RUJUKAN
anismufarrochah.blogspot.my/2013/04/pengertian-sejarah-dan-tujuan-orientalis.html?m=1
gnomepath.blogspot.my/2015/09/pandangan-orientalis-terhadap-filsafat.html?m=1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan