Selasa, 13 Disember 2016

PANDANGAN ALAM SEBAGAI BANGUNAN KONSEP- HAMID FAHMY ZARKASYI




Konsep terbentuk dalam fikiran seseorang secara perlahan-lahan, bermula dari akumulasi konsep-konsep dan sikap mental yang berkembang. Secara epistemologis, proses berfikir sama dengan cara seseorang itu menuntut ilmu, iaitu akumulasi pengetahuan a priori dan a posteriori. Hamid Fahmy Zarkasyi mengulas lanjut mengenai proses ini dengan berpendapat, “Proses itu dapat dijelaskan sebagai berikut: ilmu pengetahuan yang diperoleh seseorang itu sudah tentu terdiri dari berbagai konsep dalam bentuk ide-ide, kepercayaan, aspirasi dan lain-lain yang kesemuanya membentuk suatu totalitas konsep yang saling berkaitan dan terorganisasikan dalam suatu jaringan (network).”
Jika ditelusuri dengan secara semulajadi, susunan konsep yang masuk ke dalam fikiran manusia, maka kita dapat menyusun ke dalam beberapa struktur konsep. Professor Alparslan mengkategorikan susunan pandangan alam kepada lima bidang konsep:

1) Struktur tentang konsep kehidupan,
2) Struktur tentang konsep dunia,
3) Struktur tentang konsep manusia,
4) Struktur tentang konsep nilai dan
5) strutktur tentang konsep pengetahuan.

Menurut al-Attas pula, unsur pandangan alam Islam adalah seluruh konsep yang terdapat dalam Islam dan yang paling utama adaah konsep tentang hakikat Tuhan, konsep tentang wahyu (al-Quran), konsep tentang penciptaan, konsep tentang hakikat kejiwaan manusia, konsep tentang ilmu, konsep tentang agama, konsep tantang kebebasan, konsep tentang nilai dan kebajikan, konsep tentang kebahagian dan sebagainya.
      Dapat disimpulkan bahawa, pandangan alam akan mempengaruhi sistem berfikir, kerana ia menjadi konsep-konsep yang tersusun dalam minda dan saling berhubung di antara satu sama lain. Dengan adanya konsep seperti ini, maka dapat dikatakan bahawa pandangan alam adalah sebuah kerangka untuk mengkaji pelbagai bidang dalam kehidupan.


RUJUKAN



Ahad, 4 Disember 2016

PANDANGAN ALAM ORIENTALIS DAN FALSAFAH ISLAM


Orientalis adalah istilah yang merujuk pada peniruan atau gambaran unsur-unsur budaya Timur di Barat oleh penulis. Selain itu, dari segi bahasa Orientalis berasal dari kata orient yang bererti hal-hal yang berhubungan dengan masalah ketimuran. Ada pendapat menerangkan bahawa, “orientalisme adalah kata yang dilabelkan kepada sebuah penelitian yang dilakukan selain orang timur terhadap berbagai disiplin ilmu ketimuran, baik dalam bidang bahasa, agama, sejarah, dan permasalahan-permasalahan sosio-kultural bangsa timur,” Melalui pengertian tersebut, orientalis  ialah suatu fahaman atau aliran yang mengkaji dan meneliti segala tentang timur baik dari segi agama, kebudayaan dan peradaban dan juga ilmu-ilmu.
Selain itu, kajian orientalis tentang falsafah Islam dipengaruhi oleh pandangan alam mereka dan menghasilkan kerangka kajian khusus. Kajian khusus tersebut menggambarkan pelbagai pandangan tentang agama, kepercayaan, ideologi, budaya atau pandangan alam. Hal ini turut dijelaskan bahawa, “terdapat dua penyelidikan terhadap dunia timur iaitu:-1)Mempelajari, mendalami ilmu-ilmu yang dimililki oleh umat Islam iaitu perubatan, teknik, matematik, astronomi dan ilmu-ilmu lain. 
2) Mempelajari bahasa-bahasa Timur seperti bahasa Arab dan kesusasteraannya.
Oleh itu, kajian orientalisme tersebut dilakukan secara meluas mencakupi pelbagai bidang.Kajian penyelidikan berlangsung selama berabad-abad oleh para penyelidik. Dengan adanya penyelidikan yang dilakukan oleh kaum orentalis terhadap dunia Islam banyak impak positif yang diperolehi, meskipun masih banyak yang menolak manfaat dari mereka.
Selanjutnya  sikap dan pandangan dari kaum orentalis terhadap setiap agama yang dianuti di Timur, khususnya Islam sangat berbeza-beza. Pendapat ini menjelaskan bahawa, “pada sebuah kajian yang lain dalam dunia Islam yang dilakukan oleh orientalis, membawa impak yang membuat Islam semakin maju.” Melalui kajian ini, umat Islam mula terpengaruh untuk memahami Islam secara rasional serta berpegang kukuh dengan  ajarannya.
Sebagai kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa pandangan para orientalis mengenai Islam sangat dipengaruhi oleh cara pandang atau pandangan alam mereka. Pandangan alam Islam menghargai penggunaan akal dan ilmu pengetahuan sehingga dapat berkembang menjadi suatu peradaban yang maju dan terbuka.





RUJUKAN

anismufarrochah.blogspot.my/2013/04/pengertian-sejarah-dan-tujuan-orientalis.html?m=1

gnomepath.blogspot.my/2015/09/pandangan-orientalis-terhadap-filsafat.html?m=1





PANDANGGAN MASYARAKAT MELAYU TERHADAP ISLAM


Terdapat beberapa faktor utama menjadi penyebab Islam berjaya menyerap ke dalam kebudayaan masyarakat Melayu. Syed Muhammad Naqiub al-Attas berpendapat, “kedatangan Islam ke Alam Melayu telah banyak menggerakkan proses merevolusikan pandangan hidup masyarakat Melayu dari amalan sebelumnya yang masih hanyut dengan mitos khayalan.” Jelas di sini perubahan dalam adat resam masyarakat Melayu diperkemaskan dengan ajaran Islam.
Hal ini jelas apabila kebudayaan Melayu mula disarati dengan nilai-nilai kemanusiaan yang ideal, dan menjadi pegangan kepada ketamadunan Melayu itu sendiri. Dalam hal ini, Yusuf berpendapat, kebudayaan Melayu “termasuklah gaya hidup, teknik, kaedah, prinsip, nilai, pandangan hidup Melayu, kepercayaan dan mitos.” Melalui pendapat ini secara jelas aspek kebudayaan Melayu yang berpaksikan nilai-nilai kemanusian dipegang kukuh oleh masyakat Melayu.
Di samping itu, keindahan ajaran Islam turut menyebabkan proses penyerapan Islam dalam kalangan masyrakat Melayu berlaku dan ini didorong dengan sifat telus yang sudah dimiliki oleh masyarakat Melayu. Md. Asham berpendapat, “dalam konteks sejarah bangsa Melayu, Islam adalah titik-tolak kepada perubahan yang amat bermakna terhadap pemikiran, bahasa, dan cara hidup mereka secara keseluruhannya.” Bertitik tolak kepada perkara ini, segala perubahan yang berlaku dalam kehidupan masyarakat Melayu memberi kemajuan dalam kehidupan masyarakat Melayu itu sendiri.
Selain itu, pemupukan budaya ilmu dala ajaran Islam memberi sumbangan besar kepada masyarakat Melayu. Sejak sekian lama, kesedaran tentang kefahaman dan kepentingan ilmu telah diamalkan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Hal ini dapat dilihat apabila penerapan pendekatan dakwah yang telah dilakukan mubaligh sebagai medium komunikasi telah mewujudkan perciptaan tulisan Jawi. Perkara ini dalam konteks Alam Melayu, telah melahirkan dua natijah seperti mana dijelaska Rahimin, iaitu:
1) penciptaan tulisan Jawi dalam dunia intektual Alam Melayu. Merujuk kepada asal-usul penciptaan dan penggunaan tulisan Jawi dalam masyarakat Melayu. Fenomena yang mengambilkira elemen tempatan dalam bentuk pemilihan bahasa sebagai medium penyebaran ilmu agama.
2) Pemberian nafas baru Islam terhadap bahasa Melayu menggunakan tulisan Jawi ini telah melangkaui tujuan asal penciptaanya, iaitu sebagai alat penyebaran Islam.
Berbalik kepada peringkat awal kepercayaan masyarakat Melayu berbentuk animisme, kepercayaan ini diganggap mempunyai semangat dan kuasa ghaib. Hal ini jelas apabila “Islam mengubah worldview masyarakat Melayu daripada mempercayai roh, semangat dan dewa-dewa kepada mempercayai Tuhan Yang Maha Esa, percaya adanya nabi- nabi, rasul-rasul, malaikat dan kitab-kitab suci. Keimanan mereka diikuti dengan amal ibadat seperti sembahyang, puasa, mengeluarkan zakat dan menunaikan rukun haji.” Daripada penerangan ini, jelas bahawa pandangan masyarakat Melayu dalam kehidupan semakin berkembang apabila ajaran Islam mula disebarkan secara meluas, lalu berlaku perubahan terhadap amalan-amalan murni yang dituntut dalam Islam Dapat disimpulkan, pandangan masyarakat Melayu terhadap Islam semakin berubah dan mula meninggalkan alam mitos yang menjadi pegangan selama ini. Mereka memercayai rukun-rukun Iman dan Islam serta beribadat kepada Yang Maha Esa, iaitu Allah SWT.





RUJUKAN
http://www.ikim.gov.my/index.php/en/artikel/7419-melayu-dan-islam

http://yusufjalli.blogspot.my/2011/05/islam-dan-kebudayaan-melayu.html

https://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-berdaulat


http://pismpmathc5ipgkba.blogspot.my/2010/02/kesan-dan-pengaruh-islam-dalam-tamadun.html

Selasa, 29 November 2016

ORANG MELAYU MALAS?


Dalam Hikayat Abdullah karangan Abdullah Munsyi ada mengkritik, dan menegur sikap orang-orang Melayu. Sehinggalah Abdullah menganggap orang-orang Melayu pada penghujung abad ke-19, malas, kurang ilmu pengetahuan, lalu berlaku perpecahan dalam kalangan orang-orang Melayu itu sendiri. Antara petikan yang digambarkan Abdullah dalam Hikayat Abdullah berkenaan sikap orang Melayu malas, iaitu:
…bukanlah berguna kepada kamu sekalian ilmu kira- kira itu? Maka jikalau tidak tahu kira- kira kelak, bagaimana engkau hendak berniaga jual beli? Dan lagi pula beberapa banyak nasihat yang kuberi, tiada juga mereka itu endahkan. (hlm.120)
Maka jikalau kiranya kukhabarkan sekalian itu (tentang ilmu- ilmu baru seperti kemajuan elektrik) kepada orang- orang Melayu nescaya ditutup telinganya serta menampar mukaku, katanya, “Terlalu besar bohong.” (hlm. 257 dan 258)

Melalui petikan diketengahkan, jelas menunjukkan Abdullah dalam tulisan-tulisannya menjadi racun bagi merosakkan fikiran, dan pandangan bangsa lain terhadap sikap orang Melayu yang malas. Abdullah juga berasa kurang senang dengan sikap orang Melayu yang tidak mahu mempelajari ilmu baharu demi memajukan diri sendiri.
Namun begitu, mitos Abdullah ini dan menjadi pegangan masyarakat lain terutamanya penjajah dilihat tidak mempunyai asas bersandarkan bukti yang kukuh. Hal inilah diperkatakan Syed Muhammad Naguib Al-Attas (1989).
Beliau menerangkan, iaitu kemalasan yang digambarkan oleh penjajah tidak menunjukkan kepada keseluruhan penduduk peribumi (Melayu). Ini kerana perkara ini hanya ditafsirkan oleh penjajah sahaja. Fungsi mitos sebagai unsur yang penting dalam ideologi kolonial dengan mengambil contoh-contoh sejarah dan sosiologi. Ideologi daripada kelompok yang dikuasai itu telah diklasifikasikan kepada empat kelompok, iaitu ideologi konservatif, ideologi revormis, ideologi revolusioner dan ideologi tandingan. Ideologi kolonial memanfaatkan gagasan tentang peribumi malas untuk membenarkan amalan penindasan dan ketidakadilan dalam mobilasi tenaga kerja di negara yang dijajah.
Dalam hal yang bersangkutan, Ridhuan Tee Abdullah (2014) berpendapat, “Saya tidak pernah percaya stereotaip Melayu itu malas, manakala bangsa lain rajin atau pandai berniaga. Terpulang kepada kita untuk menentukannya. Ramai juga saya jumpa bangsa lain yang malas.” Melalui pendapat Ridhuan, secara jelas menggambarkan tanggapan orang-orang Melayu malas adalah tidak tepat. Sedangkan pada masa yang sama, masih ada bangsa lain yang juga malas, tetapi tidak diberi perhatian oleh umum.
 Dapat disimpulkan, ciri-ciri masyarakat Melayu yang dianggap malas daripada penulisan terdahulu, terutama daripada karangan Abdullah dilihat tidak jujur dek kemungkinan dipengaruhi oleh sentimen penjajahan, iaitu Inggeris. Oleh itu, pengisahan tentang Melayu malas merupakan satu penciptaan kolonial. Ini adalah untuk menghalang kemajuan orang-orang Melayu demi memperlihatkan orang-orang Melayu sebagai bangsa pemalas yang mendiami sesuatu kawasan di Asia tenggara.



RUJUKAN

https://asalusulorangmelayu.wordpress.com/2012/08/05/bangsa-melayu-itu-pemalas/

http://puteralapismahang.blogspot.my/2015/03/melayu-malas-kenapa-dan-siapa-kata-real.html
Mohd Alif Bin Sapri. (2014) Pandangan & Kritikan Abdullah Munsyi Terhadap Orang Melayu. http://karyaagungmelayukumpulanc2014.blogspot.my/p/p.html
Mios Melayu Malas.https://zanas.wordpress.com/kembalikan-kekuatan-orang-melayu-62-tahun-yang-lalu/mitos-melayu-pemalas/
Ridhuan Tee Abdullah (2014) http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/ridhuan-tee-abdullah/adakah-benar-melayu-itu-malas-1.320929



Opening Address The Worldview Of Islam An Outline - Syed Muhammad Naquib Al- Attas


Syed Naquib al-Attas menyatakan, pandangan Islam merangkumi dunia dan akhirat. Pandangan semesta dalam Islam adalah pandangan tentang realiti atau hakikat yang terpancar dari mata hati manusia mengenai kewujudan alam. Secara umum, ia merupakan satu konsep mengenai alam semesta secara keseluruhan terutama melalui sudut pandangan yang dipengaruhi oleh nilai tertentu. Allah SWT ialah Pencipta dan mempunyai hak bagi menunaikan kehendak dan kuasa-Nya.
Seterusnya al-Quran adalah ‘Kalam’ Allah, iaitu kata-kata Allah yang telah diwahyukan kepada Rasulullah untuk disampaikan kepada umat manusia. Islam itu bersifat universal. al-Quran bukan hanya diturunkan kepada orang Islam, tetapi al-Quran diturunkan kepada manusia sejagat untuk membentuk dan memilih jalan serta pegangan hidup masing-masing. Konsep Islam telah termaktub di dalam al-Quran yang membawa pengajaran dan kebenaran yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapapun.
 Sebagai pemikir, dan saintis Islam, Syed Naquib tidak dapat memisahkan dirinya dengan elemen-elemen yang membolehkannya berfikir. Ini kerana akal tidak boleh dipisahkan dari rahsia yang terkandung dalam al-Quran. Ini kerana, dalam al-Quran terkandung segala iktibar, dan pengajaran serta menerima sebab akibat bagi mengenal hakikat alam. Dapat disimpulkan, sebagai umat Islam, kita perlu menitikberatkan aspek dunia, dan juga akhirat. Kedua-duanya perlu seimbang bagi menjadi umat Islam yang sempurna dalam menjalani kehidupan.


  
RUJUKAN
http://suehadamohamed.blogspot.my/2014/11/opening-address-worldview-of-islam.html

http://asmaazmann.blogspot.my/2013/11/opening-address-worldview-of-islam.html

http://nograhim.blogspot.my/2013/11/opening-address-worldview-of-islam.html

http://nurdiyana279.blogspot.my/2013/11/opening-address-worldview-of-islam.html

http://hazeysuzainah.blogspot.my/2013/11/the-worldview-of-islam-outline-by-syed.html

http://noryusrayunus.blogspot.my/2014/12/opening-address-worldview-of-islam_18.html

http://prikasti66.blogspot.my/2014/11/opening-address-worldview-of-islam.html

https://www.facebook.com/notes/syed-muhammad-naquib-al-attas/mengenal-syed-muhammad-naquib-al-attas-pemikiran-dan-sumbangannya-selama-3-dekad/57465460887/

http://insanbiasa1203.blogspot.my/2010/09/mengenal-syed-muhammad-naquib-al-attas.html

http://digilib.uinsby.ac.id/8365/4/Bab2.pdf


Khamis, 17 November 2016

MATINYA SEORANG PAHLAWAN (1987): ANALISIS NEW HISTORISME DARI SUDUT PANDANG IMPERATIF



MATINYA SEORANG PAHLAWAN (1987): ANALISIS NEW HISTORISME DARI SUDUT PANDANG IMPERATIF dikaji bagi melihat pemikiran pengarang dalam Matinya Seorang Pahlawan bersandarkan New Historisme. Selain itu, pembacaan naskhah drama Matinya Seorang Pahlawan melalui sudut pandang imperatif memberi ruang kepada pembaca untuk menafsirkan pemikiran pengarang, sekali gus membuat kesimpulan mengikut pandangan pembaca sendiri, apabila pengarang secara jelas mengangkat watak Jebat sebagai wira masyarakat berbanding di dalam teks sastera klasik. Pengisahan semula Hikayat Hang Tuah melalui perspektif baharu yang digagaskan melalui analisis ini merupakan kerangka bagi mentafsir Matinya Seorang Pahlawan melalui New Historisme dari sudut pandang imperatif.



















Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu



Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu (2016) merupakan cetakan yang keenam, dan mula dicetak pada tahun 1972. Kajian ini hasilkan oleh Syed Muhammad Naguib Al-Attas. Kajian ini dibahagikan kepada lima bahagian, iaitu:
Bahagian pertama- menjelaskan peristiwa sejarah Islam dalam peradaban Kepulauan Melayu-Indonesia. Selain itu, buku ini turut membuat pembandingan pengaruh kedatangan Islam di Eropa pada abad ke-6, dan ke-7 Masihi.
Bahagian kedua- menerangkan semangat kebangkitan Eropa adalah bukan kerana kedatangan suku bangsa Jerman yang menakluki imperium. Orang-orang Jerman hanyut dalam falsafah, dan juga budaya Roma. Selain itu,  di Timur Tengah lahirlah agama Islam, dan tersebar ke pelosok dunia.
Bahagian ketiga- dalam bahagian ini, menjelaskan bahawa agama Hindu, dan Buddha datang terlebih dahulu ke Kepulauan Melayu-Indonesia berbanding agama Islam.  Kemasukan agama Hindu tidak mengubah cara hidup masyarakat Indonesia-Nusantara yang hanya bersandarkan kesenian. Selain itu, konsep peradaban sejarah, kesenian merupakan kebudayaan estetik yang dapat mencerminkan cara kehidupan masyarakat yang memiliki keluhuran budi, dan akal.
Bahagian keempat- Manakala dalam bahagian ini, Syed Muhammad Naguib Al-Attas menerangkan bahawa tiada sebarang kesahihan terhadap sejarah, dan kebudayaan Islam di Kepulauan Melayu-Indonesia kerana kurangnya ilmu pengetahuan mengenai Islam, dan juga peranannya dalam sejarah, dan kehidupan.
Bahagian kelima- Syed Muhammad Naguib Al-Attas kemudian memaparkan kajian kepentingan sejarah, terutamanya sejarah, dan kebudayaan Islam di Kepulauan Melayu-Indonesia. Sejarah kebudayaan dapat menggambarkan kegemilangan peradaban Islam dalam kehidupan masyarakat di Kepulauan Melayu-Indonesia.
Merujuk kepada setiap peristiwa yang berlaku dalam sejarah kehidupan masyarakat Melayu, dapat disimpulkan bahawa kehadiran pengaruh Barat dianggap telah memberi kesan yang signifikan terhadap perubahan cara hidup, dan juga pandangan masyarakat terhadap kebudayaan Melayu.