Konsep terbentuk dalam fikiran seseorang secara perlahan-lahan, bermula
dari akumulasi konsep-konsep dan sikap mental yang berkembang. Secara
epistemologis, proses berfikir sama dengan cara seseorang itu menuntut ilmu,
iaitu akumulasi pengetahuan a priori
dan a posteriori. Hamid Fahmy
Zarkasyi mengulas lanjut mengenai proses ini dengan berpendapat, “Proses itu dapat dijelaskan sebagai
berikut: ilmu pengetahuan yang diperoleh seseorang itu sudah tentu terdiri dari
berbagai konsep dalam bentuk ide-ide, kepercayaan, aspirasi dan lain-lain yang
kesemuanya membentuk suatu totalitas konsep yang saling berkaitan dan
terorganisasikan dalam suatu jaringan (network).”
Jika ditelusuri dengan secara semulajadi, susunan konsep yang
masuk ke dalam fikiran manusia, maka kita dapat menyusun ke dalam beberapa
struktur konsep. Professor
Alparslan mengkategorikan susunan pandangan alam kepada lima bidang konsep:
1)
Struktur tentang konsep kehidupan,
2)
Struktur tentang konsep dunia,
3)
Struktur tentang konsep manusia,
4)
Struktur tentang konsep nilai dan
5)
strutktur tentang konsep pengetahuan.
Menurut al-Attas pula, unsur pandangan alam Islam adalah
seluruh konsep yang terdapat dalam Islam dan yang paling utama adaah konsep
tentang hakikat Tuhan, konsep tentang wahyu (al-Quran), konsep tentang
penciptaan, konsep tentang hakikat kejiwaan manusia, konsep tentang ilmu,
konsep tentang agama, konsep tantang kebebasan, konsep tentang nilai dan
kebajikan, konsep tentang kebahagian dan sebagainya.
Dapat disimpulkan bahawa,
pandangan alam akan mempengaruhi sistem berfikir, kerana ia menjadi
konsep-konsep yang tersusun dalam minda dan saling berhubung di antara satu
sama lain. Dengan adanya konsep seperti ini, maka dapat dikatakan bahawa pandangan
alam adalah sebuah kerangka untuk mengkaji pelbagai bidang dalam kehidupan.
RUJUKAN